Pada Jumaat 17 April 2009 ibu mertuaku di kebumikan di tanah perkuburan di Kampung Jenalik Hulu.Dia mengalami kanser usus dan telah bertahan selama 3 tahun.Pada awal-awal dia di kesan kanser dia cuma selalu sakit perut dan dia terpaksa menjalani pembedahan di Kem Terendak Melaka. Kemudian dia ulang alik masuk hospital putrajaya dan menjalani kimoterapi di hospital Melaka.Terima Kasih ku ucapkan kepada pihak hospital Melaka kerana membenarkan ibu mertua ku bermalam di sana sepanjang proces kimoterapi.Kami hanya mengambil dia setiap jumaat dan menghantarnya setiap Ahad.Dia agak bertuah kerana sihat dan tiada tanda2 mengalami komplikasi yang teruk kesan dari kimoterapi.Dia berselera makan dan gelak ketawa,cuma kulit dia agak gelap sedikit.Tapi malangnya dia agak mengadu sakit ketika tahap akhir kimoterapi,buah pinggang pun dah rosak.Setelah habis proses kimoterapi,kami bawak dia pulang ke kampung dan kemudian dia mengadu sakit kembali.Dia di tahan di hospital putrajaya dan di dapati buah pinggang mungkin rosak dan kemudian di bawa ke HKL.Kemudian pulang ke Putrajaya dan ulang alik ke Serdang.Faizal dan abahSelama hampir 2 bulan kami ulang alik menjaga dia di putrajaya.Dia terlalu rindukan anak sulung dia ,Abg Lee.Dia merayu untuk pulang ke rumah sementara menunggu appointment di Serdang.
Setelah tiba di Kluang dia hanya sempat 2 hari di rumah Abg Lee dan kemudia di bawa ke hospital Kluang dan kemudian di bawa ke JB dan pagi 16hb April doktor suruh pulang ke kampung kerana sudah tiada harapan lagi.Setelah berbincang Abg Lee drive direct dari JB ke kampung.Kami yang di KL bergerak dahulu di hadapan.Namum Allah lebih menyayanginya...Dia menghembus nafas terakhir di dalam kereta di hentian Dengkil ketika abg Lee mahu mengisi minyak kereta.Akhirnya kami menunggu di hadapan dan bertolak balik ke Jenalik.Jenazah selamat di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumah bapa mertua ku di Kg Jenalik.Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas nya..Amin.Al-Fatihah Jamaliah Bt Shafie 16 April 2009.
Kami semua pulang ke kampung.....dan menjalani kehidupan sepertia biasa.Bapa mertua ku tinggal di kampung.Setelah hampir 3 bulan lebih barulah bapa mertua ku ingin berjalan rumah anak2 nya.Hairan jugak tiba2 dia menyampaikan hasrat untuk berjumpa kami semua kerana dia baru sahaja menemani cucu angkatnya menjalani minor operation di penang dan dia lah yang menjaga cucunya itu selepas pembedahan.Pada awalnya dia ingin ke rumah ku tapi kerana suami ku terpaksa outstation so dia bergerak terus ke kluang.Dalam masa yang sama Abg Lee demam.Dia ada menelefon ku dan menyatakan yang dia selalu demam dan ketika suami ku singgah di Kluang ketika pergi outstation ,Abg Lee menyatakan yang dia tak sedap badan dan selalu demam.Aku menyarankan dia agar pergi mendapat rawatan di hospital Kluang kerana ketika itu kes H1N1 sedang menular.Abg Lee di tahan di hospital Kluang dan sehari kemudian di dapati darah putihnya semakin tinggi.Dia di hantar terus ke JB pada hari rabu dan pihak hospital telah mengambil sum sum tulang nya pada jumaat.Ketika ini abah dan faizal yang menjaganya di JB.Keputusan akan keluar pada isnin.Abg lee ada menyuruh aku mencari maklumat di dalam internet dan aku akan bawa bersama pada hari khamis next week ketika melawatnya nanti.Pada hari Isnin keputusan keluar dan doktor mengesahkan dia mengidapi Leukemia.AML.Ketika itu dia masih mengadu sering sakit dada.Isnin aku menelefon dia 3 kali...dan selasa aku terus berbual dengannya dari office.Rabu dia semakin weak .
Khamis pagi ketika aku baru sampai di office ,aku mendapat panggilan dari faizal dan kami di minta bergerak ke JB coz doctor memberi harapan tipis.Setibanya di JB ,malam tu suami ku Azli sempat melawatnya di ICU.Dia sudah tidak sedarkan diri pagi Khamis.Keesokkan pagi aku bersiap sedia untuk pergi ke hospital dari rumah sepupu ku -Kak Ija dan ketika Azli sedang membetulkan masalah kereta kami ,kami medapat panggilan dari abah yang Abg Lee semakin kritikal.Sampainya kami di parking lot di hospital Azli dan Faizal berlari ke bilik dan ketika membuka pintu Abg Lee sudah tiada....Al-Fatihah.Kami kehilangan lagi orang yang kami sayang.Aku agak sebak kali ini berbanding ketika permergian ibu mertua ku kerana dalam dua minggu Abg Lee sakit dan terus meninggalkan kami.Dia dimandikan dan di sembahyangkan di Kem tentera Kluang dan di bawak ke rumah isterinya di Air Molek.........sayang kerana dia tidak mempunyai zuriat .Aku rindu padanya.Dialah satu-satunya abg kepada suami ku.Sekarang tinggallah suami ku seorang.Dia amat penyabar dan selalu buat ku ketawa.Dia senang di bawa berbincang dan aku amat rindu padanya.Rindukan akan segala-galanya.....Sehingga saat aku mencatat tiap ayat ini...air mata ku tidak henti2 mengalir kerana aku amat sayang dan teringatkan dia..........................Al-fatihah buat Ahmad Rosli Bin Abdul Wahab- 28 hb August 2009
No comments:
Post a Comment