Pages

Showing posts with label DEMC. Show all posts
Showing posts with label DEMC. Show all posts

Jul 24, 2016

Kandungan Saya

Salam semua
Ini kisah kak mengandung lagi untuk kali kelima ( kandungan ke 4 kak telah keguguran dalam tahun 2013 rasanya).Berita ini agak gembira buat kak,kak hanya memberitahu berita ini pada suami dan rakan terdekat.Masih berat untuk memberitahu mak dan ayah kerana tika itu ayah masih sakit dan agak kritikal.Sehinggalah ayah di jemput oleh Nya pada tanggal 28 April 2016.Di hadapan jenazah ayah ayah kak lin telah memberitahu dengan mak bahawa kak lin mengandung.Dia terkejut dan bertanya kenapa tidak bagi tahu awal,kak maklum kan tak nak mak ayah susah hati kerana terpaksa menjaya ayah yang sakit.Setelah urusan ayah selesai,dengan lemah dan masih tidak berdaya,kak pergi membuat check-up seperti biasa di DEMC Shah Alam.Kali ini decide untuk pergi terus ke DEMC dan juga akan susul ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi kerana umur telah mencecah 37  tahun so takut ada apa2 masalah

5.5.2016 - DEMC Shah Alam
Gembira dapat berjumpa kembali warga DEMC dan Dr Fairuz.Suasana agak sedih kerana kak masih rasa sayu akan kehilangan ayah.Masa nak balik tiba2 kak menangis,Dr dan Nurse Ida memujuk ..dan Dr Fairuz memberi rehat selamat 5 hari untuk rehat sepenuhnya.Next appoitment kak pilih 1 July 2016.Total kos checkup dan ambil darah - RM500++



15.6.2016- Klinik Kesihatan Salak Tinggi (KKST) - 13 minggu 1 hari
Rutin seterusnya mendaftar di KKST, Macam biasa kena ambil ujian darah  dan air kencing.Nurse Kak Salwah memberi penerangan yang details tugas ibu mengandung dan perhatian perlu di berikan pada baby.Dia jua membuat pemeriksaan brest dan memberi penerangan dengan details dan kak kena membuat kencing manis dengan meminum air gula pada 1 July.Selepas itu kak kena berjumpa Dr untuk memeriksaan kandungan.Semua OK cuma suspect ada fibroid dan kak decide untuk membuat pemeriksaan details di DEMC nanti.Oleh kerana kak cuti agak terhad , kak membuat rayuan untuk membuat ujian air gula sama tarikh dengan next appointment.Dr bersetuju dan ujian air gula dan berjumpa kembali Kak Salmah pada 20 July.Selesai urusan bermula jam 8 pagi tamat dalam pukul 2 tengah hari.

1.7.2016 - DEMC Shah Alam- 15 Minggu
Episod pertama bermula,kak pergi checkup seperti biasa,penuh semangat drive seorang diri dri Salak tinggi ke Shah Alam,Kak bagi semua report dri KKSTkepada Dr Fairuz mengenai fibroid yang di maklum kan oleh Dr di KKST.Dr Fairuz membuat pemeriksaan dan memberi tahu all will be ok,tak serious sangat.Dr bertanya adakah nak tahu baby girl ke boy.Kak  pun cakap ok je.Tapi ketika membuat ukuran saiz baby Dr maklum kan ada masalah lain.Ukuran lehernya sepatutnya 3mm tetapi baby kak 5.2mm.Baby kak disyaki Down Syomdrome.Akak terkedu dan terdiam .Dr cadangkan buat ujian darah dan memberi beberapa penerangan apa plan akan di buat untuk kak.Di sampin gitu Dr cadangkan buat details scan juga.Ketika bersalam dengan Dr kak menangis dan cuba di tenangkan oleh Nurse ( Ida ) dan Dr Fairuz.
Ketika itu tidak rasa akan kenapa kak di pilih ujian yang berat ini,kak redha ujian dari Allah kerana ujian ayah sakit telah  buat kak ready dan rasa amat rapat dengan Allah. tetapi memikirkan siapa akan jaga if kak dah tiada nanti? adakah baby ini akan mempunyai penyakit lain?
Setelah selesai,kak pergi  mengambil ujian darah dan terpaksa call abg kerana rasa tidak mampu untuk drive balik ke Sepang.Abg datang dan perkataan pertama kak bagi tahu,jangan tinggalkan kak walau apa ujian yg menimpa baby ini.Abg kata kak GILA.Dia hanya ckp mungkin dengan gift allah bagi ini kita akan lagi dekat dengan Allah dan juga keluarga kita lagi lebih rapat.Kos ambil darah dan checkup dalam RM400++




1 .7.2016 -Petang Pulang ke Kampung Beraya.
Sepanjang perjalanan,kak menangis dan menangis namun setelah sejam kak kembali berfikir lebih baik kak google dahulu dan bersiap sedia dari menangis..Tumpuan di berikan pada bersiap untuk balik kampung beraya.Sepanjang perjalanan air mata sekali sekala mengalir,Kak maklum kan pada anak2 akan keputusan Dr.Anak2 melihat gambar di Internet dan mereka ada kenal jiran di tingkat 8 bernama maksu yang juga anak istimewa DS.Mereka cool je dan Saffuan memberitahu akan menjaga baby ini bila kak tiada nanti.Banyak juga info dri Mr Google yang kak dapat sepanjang perjalanan pulang dari Sepang ke Kuala Kangsar Lega kak mendengar support dari anak2 dan abg.



---------------

Sepanjang di kampung kak masih diam diri.Adik beradik lain tidak balik lagi so kami sekeluarga melayan mak bersiap sedia sambutan raya.Selepas sehari kerana tidak mampu menampung lagi rasa gundah, kak memberitahu mak kak dan dia hanya memberi feedback ' kita akan jaga sama'.Kak rasa lega dan kami menyambut raya seperti biasa.Kali ini tidak semeriah sebelumnya kerana ayah tiada menenemani kami.

Hati masih berdebar menanti result,Dr cakap dua minggu sahaja.Kak cuba mendapat kekuatan dengan share dengan Kak Tie ,Dilla dan juga Ros.Dilla cakap dia juga ada membuat ujian darah kerana saiz kepala baby dia nampak tidak normal saiznya.Dan keputusannya negatif.Tidak DS.Kak terus berdoa jika itu rezeki kak then kak redha tetapi berharap tiada penyakit lain.
5 July nanti kak ada ujian ITIL...so tambah lagi tertekan.

------------------

5.7.2016
Kak pergi ujian ITIL dengan tenang selama 3 hari di Mid Valley .Syukur kak lulus walau hati jiwa kacau

Bersambung.....








Dec 2, 2013

Kisah Kegatalan ku Di DEMC - 3rd day

Ok sambung  balik dari entry Kisah Kegatalan ku Di DEMC - 2nd Day bersambung selepas pegi check case keguguran di DEMC..

Hari ketiga di Ward Zamrud Tingkat 5 1/12/2013.......akak duk sengsorang je..
 
Breakfast
Lunch
Minum Petang
Dinner
Tengok TV
Tidur
 
Abg balik rumah dah semalam so mlm nie tidur sorang2 jelah.Suruh dia balik untuk kemas coz suruh dia kemas rumah dan buat apa yg patut....ehehe..
 
So pagi2 nurse dah datang lah nak tukar cadarlah..check itu ini..demam..tekanan darah....dan doc pun datang check..hcleaner ousekeeping..org buang sampah sampai 3 kali sehari...tukar towel..dan semualah....sila refer enty yang before2 ok..Neb machine pun dah stop dan ubat pun mcm dah kurang..gatal2 dah tak d...dan duk main air cond je test itu ini dan siap gi makan m&n lah..ayam lah..ehehe..semua ok...ye haa...tak takut air cord dah...
 
Cuma tengah hari tu rasa sakit dada..dan mula lah ambil mencari neb machine.
 
Adik kesayangan kak pun datang Puan Dilla Human..miss her so much...lepak2 for 2 hours sonok..macam2 borak..Thanks Dilla...
 
Miss Sofea sangat2..so tak sabar nak keluar dan main cak2 dengan dia..hope dia sonok duduk rumah mummy...
 
tak der yg special for 3rd day..sekali sekala kak turun gi bawah pakai seluar sepital nie biru2 gitu dan pergi ambil udara kat bawah...dan tunggu abg datang...kui 11 baru dia muncul..
 
So tidur awal sikit...dan pasti esok leh kuar... xoxo

Dec 1, 2013

Inpatient Meal at DEMC

Ok...hari2 akan dpt Menu...emmm..ada Sunday..Monday..lain hari lain kut menunya...wow banyak tu..fenin nak pilih- Breakfast,Lunch,Dinner.(Petang ada gak 1 round lg..Milo dan kuih atau roti2 kecik...Ada Set A sampai F dan setiap set ada pilihan 5-6 jenis makanan.
Menu Monday yang dia suruh akak pilih ada banyak dan yang akak ingat hanya yang ini.Tak sempat salin pun..
Breakfast
Nasi Goreng
Bubur
telus hancus dan dll
Koko Crunch pun ada
dan lain2 ( nasi ,pencuci mulut,sup)
 
Lunch
Ayam kari Kapitam
Sambal Dori
Sawi Goreng
Puding Daging Goulash ( tul ke ntah ejaaan nie)
dan lain2 ( nasi ,pencuci mulut,sup)
 
Minum Petang pun ada
 
Dinner
Ayam Mongolian
Sup bebola Udang
Tenggri Masak Lada Hitam
Jeli Cendol
Ayam Lemon Rosemary
dan lain2( nasi ,pencuci mulut,sup)
 
Ada banyak lagi lah dlm setiap Set tu...tak leh nak tulis semua...ehehee...
Nie menu Sunday tapi dah lupa nama apa ntah



Monday




xoxo


Patient Room - Single and Double Bed at DEMC

Bilik..ini yang biasa kita nak tahu kan.Ada banyak bilik...korang leh check dalam websites DEMC

Yang akak tunjuk nie bilik yang akak pernah masuk tuk minggu nie.Rate as at 2013.

Double-Bed
Semalam dpt lah duk sini kejap dlm 3 minit kut.eheheh...Kalau korang tengok bilik nie dia di hadang dengan dinding di tengah2 tu.Bilik air share lah.Pintu bilik di bukak je ,belok kiri tuk pesakit lain dan kanan pesakit lain.tapi ada langsir untuk tutup bilik anda.ada TVbeso Samsung.ada satu kerusi tuk duduk dan macam biasalah almari so selesa lah tuk kos RM145.

Single-Bed
Ini bilik yang akak stay tuk 3 hari 2 malam.ada sikat.berus gigi.ubat gigi.cotton bud.tuala.shower and bath gel.cuma kak ada masalah sikit tuk rak tempat letak air tu coz tinggi sangat dan jug dan bekas air panas tu berat so nak angkat dan tuang air mcm susah kit.berat coz benda tu yang mahal kut....eheheh..sakit tangan akak..tapi ok je ambil dan letak atas meja sebelah katil.solved problem.




  • Actually ada kerusi 1 dan jugak ada kerusi panjang tuk hubby korang leh tidur gak.ada laci bawah kusi panjang tu...kat situ dan dalam tu ada bantal 1 lagi dan selimut.pesakit dpt 2 bantal dan 1selimut.
  • TV dalam bilik ini yang kak kira ada 15 channel.samsung.
  • Setiap hari pagi2 ada nurse tukar kan cadar.dan selimut.
  • Sehari 2 kali ada orang datang tukang ambil sampah
  • Ada jugak baju hospital tuk orang cuba2 tuk pakai.( kakak pakai masa tidur..ehehe..nak gak merasa)
  • Ada jugak orang tukar kan towel setiap hari.mcm hotel gitu.tukarkan sekali tuala lapik depan pintu toilet tu...amboi.
  • Ada jugak orang datang tuk cuci lantai dan kemas bilik.Housekeeping....
  • Makanan..pagi,tengah hari,minum petang dan malam.menu ok..tapi kak layan bubur gak..
  • Doc dtg 2 kali sehari.ahad pun ada Dr Nora dtg melawat dan check.Nurse lak mcm biasalah asyik dtg je.ehehehe
Kos = RM185 tuk bilik Single-bed

IKLAN-Korang kena tahu kos bilik2 ini coz korang kena check ngan insurance korang coz ada yang cover rendah untuk bilik.Ada pulak yang if bilik lebih dari yg dia bagi then nanti korang kena bayar perbezaan kos bilik tu dan jugak 20% dari total kos bill nanti.Jangan cari pasal kang naya korang.ehehehe..so chekc dulu betul2 ngan Insurance atau tanya HR korang...eheheh if pakai panel company lah.takut jugak ada yang dia tak cover then tak pasal2 korang kena bayar deposit lak then cash pun  mengalir....eheheh...( kak pernah kena bersalin dan baby ada masalah tak leh bernafas dan duk nicu dlm 3 hari kut dan 2 hari lagi total cost RM3300.So bayarlah cash coz masa tu company tak cover.,tapi oklah demi anak kan..sanggup berapa pun akan akak bayar.Dr Ahmad masa tu yg ambil case nie.- Terbaik lah dia.
Make sure korang ready ngan nama Insurance company.if ada kad bawak.if tak d then tulis lah kat mana kertas kecik simpan dlm beg korang yg mahal tu atau kan masing2 ada phone canggih then simpan lah no2 penting tu.Jangan nga2 lak.

TIPS-tapi kene tanya gak ngan sepital korang pergi tu ada tak yg leh buat 2 bil contohnya kos bilik RM180 tapi limit korang hanya RM150 so korang bayar cash RM30 tapi yang lain masuk bil insurance lah.Tapi kena tanya admission dept dulu sama ada hospital tu leh buat mcm nie atau tak.Adalah dia akan terang kan pasal publish rate lah.tak semua sepital mcm nie ok..DEMC of course no..no...no...

Suggestion: tempat letak bekas ait tu tinggi dan bekas air masak dan panas tu berat ( mungkin mahal sangat kut ) .So solution nya saya kena letak air2 tu dekat almari kecik tepi katil so senang nak tuang air...


Amenities at DEMC 2013

Salam semua,apa yang akak tulis nie ..adalah apa yang akak dpt dan tengok ngan mata bulat nie akak sendiri dan saje gatal2 baca itu ini, round2 dlm DEMC nie...yang kak tak nampak atau tak perasan kak tak tulis lah..korang leh baca web sites DEMC atau ambil je Guest handbook kat kaunter at LG.Semua da kat situ..

Parking
Ada parking kat luar tepi bangunan,dalam bangunan basemant,dan yang tak nak bayar pun leh parking kat luar tepi jalan luar kawasan DEMC tu .tapi anything jadi tanggung sendiri ok...eheheheh

Concierge & Valet Services
valet RM10 rasanya.ada payung leh pinjam( agaknya lah)..,ada buggy service yg kerjanya dribernya round2 tuk amik kita di kawasan parking.ehehe..tapi leh je jalan kaki.If tak larat jangan lah masuk parking tu dulu tapi gilah suruh hubby hantar ke depan lobby tu dulu dan nanti ada lah orang akan layan kita.actualy ada yang ckp tak d orang tunggu pun coz korang tak panggil..ramai staff dia ada pakai uniform berlegar2 kat situ.

Kerusi
Kerusi rehat banyak ,if penat leh lepak kat mana2.bersandar je ...amik nafas dulu...

ATM/public phone -
Ada 2 ATM,public phone pun ada.

Surau
Ada kat LG dan level 1

Kaunter
  • kat luar ada 1 kaunter - tuk jockey dan semualah korang nak tanya pasal payung ke,nak tolong amik ke,antor ke parking ke,keta tolak ke,nak tolong papah ke.
  • ada lagi satu lagi tuk korang tanya apa2 -tapi if tak d orang ( biasalah gi toilet ke,bawak pesakit gi lift ke,tolong hantar makcik yang tak larat ke,kita kena Pk positif sikit.if tunggu lama tak d jugak then gi lah tanya anyone yg staff DEMC,ramai je berjalan berlegar kat situ menjalankan tugar masing2.korang jng panic ok.but then korang leh proceed ke dalam ada kaunter CS...
  • CS kaunter ada besar dekat ngan ATM machine tu..kat bahagian dalam tu ada pulak CS yang menungu.
Kedai bunga/cendehati
Ada je kiri dan kanan bawah escalator tu...beli je apa korang nak.

tapi kat luar tu ada kedai Mynews so leh beli jugak belon ke...cekelat ke...keropok ke...surat khabar ke...novel pun ada.

Wifi
Emm hubby ada try masa kat O&G..pergh laju giler..nie akak dlm ward tingkat 5 nie pun laju je...sonok check email office dan buat blog nie.tak d sangkut2 pun.

Cafe /Kopitiam
Ada satu tu kat LG kopitiam,betul2 kat pintu masuk sejak datang 2013 nie ke DEMC lepak kopitiam je..Pastu tingkat 1 ada lagi satu Cafeyang high class gitu.tak pernah cuba lagi coz rasanya dah ada renovation tu yg mcm cantik je.harga tak check lak..ehhehe

Children Play
Ada nampak satu bebudak serbu kat tingkat 1,dalam Women and Children Clinic ( kak tak pernah bawak coz nanti tiap kali datang bebudak nie nak je gi situ ahahha )Dlm web DEMC ada tulis ada lagi satu kat Ped Ward Level 4.korang leh gi check ok.


Suggestion : Bila pengunjung masuk pintu depan tu, ada yang ternga2 cari mana lift nie.so leh lah buat kat area nak gi lift tu..kat bahagian atas tu tulis anak panah ke lift...arrow down...tulis besar2.....LIFT

Nov 30, 2013

Kisah Kegatalan ku di DEMC - 2nd Day

bersambungl agi entry tuk kisah-kegatalan-ku-di-demc-1st-day

30/11 - makan lagi bubur...dan mulalah duk sini..bertapa sehari lagi..ada laptop lenovo ku..lega ..tu yg start menaip tu...ehehehe..sonok2 TQ awak...cer tengok nie....eheheh...



Dr Nora dtg round pagi...tak d gatal lah doc coz ada makan ubat dan tak jumpa makanan yg doc list kena jahui kalau tak gatal bertambah...TQ Dr...so per lagi akak pun start lah pasang air cond dan mandi sakan sejuk2..ehehe.test2 but so far ok...ehehehehe ye ha..tapi tak nak lah mkn ubat je nie...dah kata mkn ubat confirm tak gatal ...ehehehe..tahan2 kut kut ada result yg tepat dan kukuh nanti dari ujian alergic tu,,tak sabar tunggu result monday nie.

Abg gi amik sofea dari rumah mak long sofea kat puchong..sonok dpt jumpa sofea..main ngan dia..pastu mummy (baby sitter sofea ) dtg amik sofea lak...ehehe.turn mummy jaga sofea..TQ mummy aka kak lin.abg balik dan tinggal lah akak sengsorang...turun bawah panas kan badan dan beli kan nurse tu cekelat tuk rosak kan gigi depa...ahahah...ok dah penat taip nie.tuk 7 hari punya citer - xoxo

Kisah Kegatalan ku di DEMC - 1st day

sambung balik entry Kisah keguguran ku di DEMC 29/11/13 - DEMC Shah Alam

ok settle ngan Dr Fairuz..amik bil dan semuanya pastu gi ikut nurse gi bhg medical..padahal sebelah je..tapi siap iring tu..isk isk..yg sebelah sana lak sambut pulak mcm VVIP.jam dh dekat kui 12...isk friday lak tu..abg dah tersandar jaga sofea..bg sofea susu...nurse datang bg number ( bukan gi amik kat kaunter tau ).senyum je semua...ada lagi lagi 3 orang,so tunggu jelah....bilik sejuk..gatal dah bertambah .sorok2 kang orang hairan per dah jadi alien nie.....eheheh...Eh no dah naik...jap ek..

Masuk bilik Dr Nora ( nama dia penuh tak ingat lak )
" hi Norazlin,apa masalah nie"
" tak d per per doc..lepas jumpq ngan Dr Fairuz dia suruh saya dtg sini lepas nampak bintik2 kat kaki saya nie..saya nie normal lah..bila sejuk..ada je naik ..tapi sikti je doc..leh tahan dah biasa 30 tahun..mungkin sebab permakanan"
" pernah kene teruk ke..."
" selalu...nie contoh nya.( tunjuk doc gambo yg snap masa kat Morib ari tu ) .dah 30 tahun tapi sejak lepas teman anak gi MRI ari tu kita dh mcm kritikal lah...siap tak cukup napas BP pun low...sekali sekala je doc..lepas amik udara dan cari matahari mcm orang gila duk tengah panas then ok..hari2 kena coz opis sejuk tahap gaban..( opis korang sejuk tak? )."
" oo ok ok..gatal lah nie...emm..jom saya terang kan..tok tek tok tek ( ramah tul doc nie...non stop cakap..gelak2...ilang rasa sedih pasal baby tu...tapi risau gatal nie buat perangai)...
"ok doc..so makanan pun salah satu pun punca lah yek..sejuk pun sekali..emosi pun..keturunan pun..uiks banyak tu"
" eh ...awak nie biar betul dah banyak nie"
" doc tutup aircond kang ok lah..( tangan dah merah dan ketar..jangan lah tak cukup napas lak depan doc nie kang coz risau muka dah merah gatal ,ada tanda2 kena lari cari matahari nie)
TIK..dia tekan butang...."nurse tutup air cond  dan bukak tingkap"
"ok..tok tek tok tek..ujian alergic....auk auk..tok tek tok tek...kene admit..coz dah mcm nak bernafas pun susah
( coz ini semua sebab emosi kacau coz tak leh nak elak..mcm2 alasan bg tuk tak nak masuk ward..malas tul nak check insurance ngan company pwc nie..parah)
" ok doc..biar saya bincang ngan suami dan amik nafas dulu kat luar..."

akak kuar dan tipun insurance company....bincang ngan abg..dia ckp if saja2 akak nak gi check up tak kan gi pun...so terus kan...

" ok doc..boleh lah...doc tulis je laporan tuk bg kat insurance company tu"
" tok tek tok tek bg penerangan lg.( ramah2 ).sila tunggu luar...TIK tekan lagi butang.."nurse sila urus kan bilik tu pesakit nie..dpt kan bilik tuk dia..dan monitor penafasan dia...bg bilik siap2...dan settekan insurance tu secepat mungkin .ASAP..Urgent"
" TQ doc..( salam dan kuar )"

akak pun lepak kat luar bawakh kepanasan matahari yang tak panas pun...now waktu menunggu saat tuk dpt approval insurance..confirm 3-4 jam.tiba2 nurse kuar..dan ckp tengah urus kan bilik..akak ckp tak per..kak nak duk berpanas..pastu dtg sorang lg..tanya akak ok tak..pastu dtg sorang lagi ajak akak gi addmission dept...siap teman lagi...pastu sain itu ini dan bg kak bilik..besor single...kak tahu insurance tak approve lg..then kak tak duk atas katil..kak ajak abg kuar makan...pastu masa yang sama call insurance check..pergh lambat biler...dah jui 3..lum settle..duk balik bilik 506 ..dia nak buat procedure dah..kak ckp tak nak coz tak approve lg..lepak2 dah kui 4.....pergh abg dah mengamuk...dan sofea dah ajak balik.admission ckp bilik single tak cover kene bilik double..so kak ok je.tak nak lah bayar 20 % dari total kos nanti if amik bilik single..pastu kak pun suruh abg bayar bil Dr Fairuz dan kak ckp kita balik je..coz abg dah bising2 insurance lambat ( tak thau lah kui baper admission dept tu subit case kak nie ehehee)..kak pun jalan ikut abg nak gi bayar bil...tiba2 jumpa si ida @ fid..isk tak dpt lari nie..

" eh kak ader lagi dah petang nie ada lg?"
" haah kak tunggu nak masuk ward..tunggu insurance lama sangat,kak ingat nak balik then later dtg balik lah..minggu depan ke..lg pun bilik pun prob.."
" eh kejap kak kita try check ngan CS.(ida pun berbincang ngan sorang CS yg baru nak balik kut.tapi sanggup dengar dulu dan pastu kak di pass kat CS lagi sorang..."
" thanks Ida ( cis tak leh lari "
"puan bg saya 5 minit ok tuk check"

abg dah angin tu..dia ckp dia dah bayar bil semua..O&G ngan Dr Fairuz bawah RM100 dan Dr Nora bawah RM200...sette RM300.so jom balik dia ckp...insurance tu lama ( kami pernah 2 kali gi NCI Hospital dan lama gak ,tapi umah dekat so leh balik lepak dan depa tipun balik..so tak d lah terasa seksa.. ini sebab bukan kawasan jajahan sendiri i tak biasa ngan Shah Alam bandar besar eheheh..rumah jauh...so tak tahu nak gi mana...nak lepak bilik kang teroverlak ...)

" puan sabar ok"
" tulah saya nie dah lah baru keguguran..pagi dah ada sini dan saya tahu stuck ngan insurance ..so if susah sangat saya cancel dulu tuk masuk ward dan saya pun dah bayar bil...semua..."
" 2 minit puan ok "
staff yg duk kaunter tu pun dah kelam kabut coz kakak CS tu terpacak di sebelah akak tanpa ganjak se inci...
" ok dh pun lulus...bilik double room...payment puan saya akan refund tuk Dr Nora tu .kejap puan saya check kan.emm tapi tak d pulak bill tuk Dr Nora puan..so tak leh refund lah"
" ek ( akak dah panic..isk bebudak nie wat keje elok2 sikit lah ) dah lah kakak CS sebelah nie perhati je mcm mak guard..seinci tak gerak tu.akak yg ketar"
" let me see...(chew wah.)..sorry adik..ini nama Dr Nora kan"
" of maaf puan ( dlm hati akak tak per..dah nak balik pun..so biasalah akak pun kerja kui 5.30 akan excited nak tutup kedai..ehehehe)"
" pls settle the refund now...dan assign kan some tuk hantar puan nie ke bilik ..pls make sure ada yg jaga puan nie"
" its ok...kakak CS..nanti saya naik bilik dan refund tu later lah....just call me when all ready ok..( akan pulak yg pujuk kakak CS tu coz dia mcm tak ganjak pun,budak lelaki kat situ mcm dah kelam kabut..."
" pls assign anyone now...i will wait here until ada org yg handle case nie "( aik bukan gempak pun..nak naik bilik je..dan bukan besar pun..akak cuma nak balik dan tak salah kan DEMC pun..insurance je yg ada prob kit..biasalah ..ramai pesakit 1 malaysia sakit)
" ok kak jom saya hantar kak ke bilik ( mak ai lastnya budak lelaki nie yg antor ke bilik..abg ikut je kat belakang)
" Tq kakak CS..."

naik lift..kat Tingkat 5..bilik 516 ...terjumpa Dr Nora dan Hi doc...leh buat procedure dah coz saya dpt bilik share..air cord tak leh tutup...so leh makan ubat dan tak gatal later.bye doc..lepak bilik double..ye ha...naik atas katil..tuk tuk.."maap puan ..puan di kene PINDAH bilik single...atas arahan Doc.bilik 506 ."di temankan kak lagi..padahal bilik tu 15 langkah kaki si sofea je.

ini bilik nya - Kos Bilik/ Room Charges di DEMC
SINGLE-BED RM185 ( bilik double yg sharing tu tadi RM145- kak tengok selesa gak coz dia adang ngan dinding..bulan langsir mcm sesetengah sepital ,dan bukan lorong ke dalam sampai kan nak jumpa pesakit lagi sorang kene lalu tempat pesakit yg sorang lagi tapi kat DEMC nie sebelah menyebelah je so ada privacy lah sikit)






Dr Nora dtg dan check semua dan ckp duk bilik nie jng kongsi..kang macam mana nak adjust aircord...bincang gak ngan doc pasal kos bilik tu..dan dia ckp semua atas kuasa dia ( powerpuff girl gak dia nie ).ok set..bertapa lah...kejap je nurse dh buat prucedure amik darah..tak sempat nak posing2...kerja tip top...ehehehe siap kene guna machine nebulizer...per hal lak nie..kak buat je..so dh jadi angkasawan ber asap...
 






tunggu bantuan kakak dari puchong amik sofea..abg balik rumah amik baju..dan kui 2 pagi baru dia balik ward...kak dah gatal...huhuhu..naik satu badan..mujur sempat tunjuk kat nurse..terkezut dia...ahahaha....sok bg laporan kat doc ok...lepas start makan ubat tak d dah gatal2 tu..of course...lah dh makan ubat kan...air cord sejuk pun ok je..tak tumbuh..lagi pun tak makan ikan bilis ayam dan kacang dan sebagainya..lega akak..menu lak kak pilih semua bubur nasi..berpantang kata kan...



tidur berteman abg kat ruang tidur lagi satu...eheheh..mlm2 nurse dtg bg lg ubat mkn dan guna nebulizer machine tu..kerja tip top tuk semua nurse yg bertugas petang ..malam pada 29/11...hingga masuk ke hari 30/11 pg.siap sapu krim kat badan tu..eh malu akak..eheheh....cover2..nurse yg pegnent tu senyum je...TQ DEMC ...xoxo...











Kisah keguguran di DEMC 2013

Salam semua ,bersambung dari entry Episod yang tak dijangka keguguran.
Kisah pengalaman di DEMC akan akak simpan sampai bila2..tapi ini cerita sedih keguguran yang baru baru 8 - 10 minggu tu...agaknya macam mana lah yang mengalami keguguran yang dah membesar dan kena membuat D&C di DEMC niemesti ada pelbagai kisah pahit manis.
Kita sambung ok.Emm apa last yek..ok balik rumah

25/11/13 - Ok drive balik rumah.singgah sana sini ( siap gi Sepital NCI check kut ada tak boleh terima kes sakit mcm nie , bg surat dan dia kenal Dr Fairuz tapi tak leh terima ..so oklah malas nak ckp banyak..luar bidang kuasa,so dlm hati if sakit gi DEMC balik - tapi kena kira duit dulu coz kene bayar cash..atau pastinya ,sepital Putrajaya)

Sampai rumah terus cari kain batik ..pakai dan lapik..kemas bilik..pakai pad...air masak kat sebelah..minyak..pakai stokin..ambil tong sampah..surat khabar..mandi...bersiap sedia tuan..( nak elak nangis saja buat sibuk )..abg datang berkali2 tanya ok ke tak..nangis ke..cium dahi bg support.dia pun ada gi kedai beli pad yg panjang tu dan bubur...dan urus kan sofea. Sofea tidur umah mummy..TQ mummy.
Jam dah kui 5 dan 6..tak sakit lagi...7 tak sakit lagi...tiba2 darah kuar ketul..mcm hati ayam tu ..tapi leper ...tapi tak sakit per per pun..7 kali tukar pad ..dan pastu ok..dlm 3 jam je kut..bila baring kuar sikit..bila bangun terus kuar seketul.rasa je..blup..eheheh....ok malam tidur lena tak sakit per per.badan gatal mcm biasa masa mandi petang.darah kuar mcm period biasa.heavy sikit je

25/11/13- pagi mandi( naik gatal2 mcm  biasa..)...tukar  pad....makan berpantang ....pastu tunggu sakit..tak d pun..masuk kan ubat dan makan...pastu duk baring atas katil..sepanjang hari..tak sakit per per...ketul ada kuar kecik je...dan 2 kali je...so baring tidur..perghh..bosan ..berpantang tak d baby kat sebelah...guarghhhh...suruh abg amik sofea coz dh bosan...main2 dan tidur lena.petang tu mandi ..badan gatal lg...dan period dari pg ke mlm mcm period biasa heavy sikit je.

26/11/13 - emm siang tu...sakit tak de jugak,kecuali gatal2 pepagi tu lah....tunggu lagi ..rasa mcm dah habis..tapi tak d rengat tu lagi.so tunggu jelah...atas katil baring...kerja semua abg buat kan...TQ..
tiba2 kui 7 rasa mcm sakit pinggang..setiap 10 minit rasa mcm contraction tu..sakit before bersalin..tengok jap setiap 10 minit sakit..bertahan ..duk atas katil..dan tunggu dan menanti..pastu cukup je 1 jam...gi jalan ke ruang tamu lepak dan nak masuk bilik blup..rasa kuar satu ketul...
lari gi toilet dan nampak kuar 1 ketul mcm daging besar tapak kaki sofea ( FYI Sodea dah 2 tahun setengah )...dan terus biarkan atas pad...dan dah kuar air mata....sikit..dan terus pakai pad baru dan gi depan tunggu abg balik dari ambil sofea..tunjuk kat dia dan dia terus gi tanam ( dia ckp dia sebak dan nak nangis gak masa tanam tu).
kat rumah...akak tunggu sakit tu kut datang tapi ye ha..syukur alhamdulliah dah tak sakit dah ..tidur lena...darah mcm period biasa..

27/11 ..mandi gatal lagi..cis...lepak atas katil..berpantang betul...lepak2.kaki lenguh je...darah dh normal mcm biasa...so lepak tunggu jumaat..tak sabar..

28/11- gi balik DEMC dan bertolak kui 8.00 dan gi singgah hentian R&R bagi sofea makan.patu gerak gi DEMC..dan terus ambil no...tunggu ada 7 orang lagi..lepak2 dan tahan air mata tengok orang mengandung..ke hulu ke hilir.tengok gelagat nurse sentiasa senyum je..tengok depe kene terangkan 1 persatu pada pesakit baru macam mana nak buat test air kencing proedure...dan toilet kat mana..nak letak mana..timbang...form mana nak isi tuk GL..panel..tengok pesakit angguk kepala...ok lah tu...paham kut

Masuk bilik Dr Fairuz..
" hi lin ok"
" ok doc" - akak pun cerita kan dari hari pertama tunggu sakit sampai hari semalam
" jom scan,ok semua ok..ok saya bg ubat masuk 1 bawah dan 1 makan..tuk 3 hari je...dan rehat ok..mc rehat je"
"semua ok..biasalah kaki lenguh sikit dan gatal2 tu naik lah coz dah sejuk..mungkin sebab darah kuar banyak kut doc"
" aik kenapa kaki awak tu..ada bintik2.."
" normal lah doc tak leh kena sejuk"
" jap yek,( TIK..tekan butang pe ntah,dtg nurse ) nurse arrange kan pesakit saya jumpa Dr nora"
" ok lin...tok tek tok tek...."
" tq doc ..tok tek tok tek....salam  and bye see you next appoitment dan mungkin next year.insyallah" ( doc ckp leh try balik lepas 3 bulan)..huhuhu

xoxo

Episod yang tak dijangka keguguran

If awak semua baca entry yg bulan lepas ada episod 1 di DEMC tuk 2013.Pengalaman atau experience di DEMC buat kan akak akan ingat sampai bila2 ...akak excited nak rasa lagi pengalaman bersalin di DEMC nie yang sentiasa manis.tapi belum kesampaian.
 
FYI kak nie dah bersalin di DEMC nie 3 orang anak since DEMC kat Sek 9 lagi.so 2 orang anak Sek 9 DEMC dan sorang anak Sek 14 DEMC dan check tuk no 4 nie pun pilih DEMC.Kakak kak pun 3 orang sambut oelh Dr Fairuz dan nak masuk no 4 pun ngan Dr fairuz insyallah .jom kita sambung ok cerita seram nie...ahahhaha
 
25/11- Akak bergegas ke DEMC Shah Alam Sek 14..abg bawak laju dan pecut tak hengat ( dia kerja mekanik bomba dan kak ingat kan dia ,ini bukan test kereta bomba ok..so hati2,lip lap lampu kete di main kan)...jam menunjukkan 8.30 pagi...sampai sana dlm 9 lebih.dan terus dpt number 4( before tu dah call O&G ( see kak call dulu,ada yg dah tahu blur dan blank pastu nak mengamuk kata tak ready lah itu lah inilah,no tipun tak d kut ..ahahahah).Masuk bilik di Dr Fairuz ,bersoal jawab lah...baru teringat.....dan akak pun share sikit3 ngan doc ( lain2 dr fairuz leh tengok blog ini ok )

2 Minggu  11/11 - 22/11 - abg ulang alik gi Kuala Kubu dan busy je..pagi tak dpt hantar sofea gi umah mummy..balik tak dpt ambil akak balik dri ERL...so penat drive.Kerja lah bertimbun.sejuk lak menyerang...kegatalan bertambah kat badan nie.

23/11 - Kami berada di kampung coz sibuk dengan pak su nak kenduri pada 7/12 nanti...last week dah balik then this week balik lagi.Ayah mak dan suami pergi menjemput orang dan akak dengan rasa tak sedar diri telah mengelap tingkap,cuci sawang,cuci habuk2 kat tingkap,merumput sikit banyak kat taman bunga mak....dan malam tu akak e tak ckp kat mak apa aktiviti petang tu .Malam tu kui 3 pagi keluar lah setompok darang yg tak terang..besar ibu lari keluasan nya..panic tapi ckp dalam hati tunggu siang esok kut kut ada...

24/11- OK tak d per per..so berjalan ke kuala kangsar..Sofea tidur atas riba dlm keta..petang tu balik KL..dn jem 5 jam..sofea tidur lagi atas riba....

25/11 - pagi kui 6.30 gi toilet tiba2 ada tompok lagi..besar sikit keluasan nya...dan tiba2 baru teringat mcm ada pernah kuar coz detect dari segi baunya kat opis hari tu...

TIPS - bila tengah mengandung...pakai seluar dalam hitam baik pakai panty linier coz takut tak nampak kesan per per.

So abg dah siap sedia nak gi kuala kubu dan dia akan bertolak kui 9..so akak gi antar sofea umah mummy dan kak gi ERL salak tinggi dan gi toilet dulu..then nampak ada tompok merah besar keluasan ibu jari dan merah nya clear...( coz pakai pad ).terus patah balik dan sempat jumpa abg dan kami pun bergerak dengan pantas ke DEMC

IKLAN - jauh kan dri Salak Tinggi nak ke DEMC ( if ikut Google Map dlm 56km...).tapi sebab kak dah bersalin 3 orang anak kat s DEMC engan Dr Fairuz so redah je...if tak jem 50 minit if jem then lebih lah...kut...


Itu lah kisah yang teringat di dlm kepala nie masa berdepan dngan hakim@Dr Fairuz..kisah seterusnya...doc bertanya dan terus bertanya dengan lembut tapi mukanya emmm..isk isk ...dan dari soalan dia tu..dia menanti jawapan kenapa tak dtg masa dah keluar tompok pertama tu..tak gi sepital mana2...kat kuala kangsar ke..why why why...

TIPS - bila ada tompok tertama tu cepat2 gi sepital..ok

So dah rasa menyesal datang menikam hati yg dah sedih nie..agak2nya if pi sepital mana2 leh agaknya selamatkan baby nie...makan ubat kuatkan rahim ke...guargggghhh

Ok..jom kita scan ( actually dari pemerhatioan doc pada checkup pertama aru  mcm ada ragu2 dlm dirinya coz dia ckp nampak mcm tak clear itu ini yg dlm kantung tu dan dia ckp kita tengok next month check up how..statement ini yg kak ingat if salah info sorry ya....dah tua silap dengan kut)nurse dia ckp..mcm tak d je doc...so kita akan scna kut dalam ok.
  1. bukak seluar semua..
  2. dia masuk gel dalam sarung mcm kondom dan pastu masuk kan dalam satu batang scanner dan sapu pulak gel lagi..
  3. dia ckp jng angkat punggung dan rapat kan kaki dan biar luas...lembut kan kaki dan dia pun masukkan scanner tu ( tul agaknya nama nya ) .Sakit tak doc?..dia ckp terpulang pada org..perlahan2 dia masuk kan tanpa rasa sakit..pergh...nothing..tak d rasa per per..lembut je dia buat...OMG terbaik lah...pastu dia tunjuk screen dan tak d per per dah...doa ckp patut ada beep2 pada nadi baby tu..tapi tak d..( baby dah 8-10 weeks )..dan ada pembesaran pada satu bulat tu tak normal..itu akak punya ingatan dan fahaman lah..actually doc tu ada ckp kut tersalah info sorry yek...
Ok settle..duduk. ( dah pakai suar dah yek ) dan maaf tak dpt di selamat kan ..itu je yg keluar dari mulut Dr Fairuz.Terdiam, dia bg masa tuk bertenang.kak amik  masa 1-2 minit je.....(tak tanya pun ngape leh gugur ,coz rasa dan tahu pasal kes merumput dan tak sedar diri dah umur 34 tahun kerja ngan ratusan laptop -dasar tak sedar diri )dan hati nie mcm dah jangka so terima je.( walaupun actually masa kat luar tadi sedih bila tengok ibu2 mengandung lalu lalang masa tunggu Q tadi ,terguris hati kak..).

"Saya tak kan buat D&C coz awak masih bawah 10 minggu.Saya bg makan ubat untuk turun kan semua."

"sakit tak doc?"

"terpulang lah..bagi org biasa akan kata sakit2( sakit rasa contraction dan sakit masa mcm rasa rengat lepas bersalin tu ).tapi org mcm lin saya tak sure lah ,coz bersalin pun cepat je" ( ops perli nie ).Lepas 4 - 6 jam akan rasa sakit masa darah kuar dan biar je dia kuar semua.if sakit tahan dan if tak tahan saya akan beri surat untuk lin gi mana2 sepital.Ubat makan dan masuk bawah dan ubat antibiotik saya bg ok, MC 5 hari dan pastu ikut Ida tuk masuk kan ubat tu kat bawah.Nanti kat rumah esok masuk kan sendiri ubat tu kat bawah ok" -ubat mula ngan huruf C ( kang bg tahu nama penuh mahu org seludup lak )

cerita2 sikit lagi dan salam Dr Fairuz dan tima kasih bg semangat dan lembut kerja nya membuat kan kak redha...TQ so much..

IKLAN / TIPS - if sesiapa yg blank tak sure nak ebrsalin mana..( duk jauh? kak duk KLIA ok )leh pilih sepital nie dan pasti doc nie TERBAIK ( like2 ) if ada masalah ngan sepital  then kena ingat kadang tu bukan sepital tapi insurance yg buat perangai dan ada gak sepital yg ada masalah tenikal ( kita pun kat opis kadang tu layan user atau pelanggan ada masalah sama.)Bg kak janji doc check up tu bagus dan bersalin pun selamat dan gumbira dengan layanan Dr nie dan kaki tangan DEMC khasnya..dah syukur  sangat .

OPS Sambung balik ,iklan lama sangat .Ida @fid pun masuk kan ubat tu kut bawah..dan thanks again Ida/Fid (Rafidatul ).DIA terbaik lah..lembut bg semangat dan tak sakit pun..ye ha..TQ Ida/Fid.( dah muk sikit ye ..ops)

So gi bayar bil..lama gak coz monday ( kene kira nie jng nak mengamuk je coz kat mana2 bahagian kaunter nie ( jpj ke,sogo ke,my IT dept ke,Insurance ke,kaunter komuter ke,ERL ke - semua ramai coz sabtu ahad cuti so monday lah umpama hari pertama) kene bawah RM 200.Terbaik lah dah lah tak leh claims kat company ,tak per leh janji sihat )

So balik ngan sedih..tak nangis tau..abg pulak gosok2 kepala dan cium dahi banyak kali...OK jom balik ngan MC 5 hari.Hati lak berdebar tunggu sakit sampai kan abg nak singgah mana2 pun tak bagi takut sakit...ok nanti kita sambung OK...Bye DEMC....xoxo