Pages

Jul 24, 2016

Kandungan Saya

Salam semua
Ini kisah kak mengandung lagi untuk kali kelima ( kandungan ke 4 kak telah keguguran dalam tahun 2013 rasanya).Berita ini agak gembira buat kak,kak hanya memberitahu berita ini pada suami dan rakan terdekat.Masih berat untuk memberitahu mak dan ayah kerana tika itu ayah masih sakit dan agak kritikal.Sehinggalah ayah di jemput oleh Nya pada tanggal 28 April 2016.Di hadapan jenazah ayah ayah kak lin telah memberitahu dengan mak bahawa kak lin mengandung.Dia terkejut dan bertanya kenapa tidak bagi tahu awal,kak maklum kan tak nak mak ayah susah hati kerana terpaksa menjaya ayah yang sakit.Setelah urusan ayah selesai,dengan lemah dan masih tidak berdaya,kak pergi membuat check-up seperti biasa di DEMC Shah Alam.Kali ini decide untuk pergi terus ke DEMC dan juga akan susul ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi kerana umur telah mencecah 37  tahun so takut ada apa2 masalah

5.5.2016 - DEMC Shah Alam
Gembira dapat berjumpa kembali warga DEMC dan Dr Fairuz.Suasana agak sedih kerana kak masih rasa sayu akan kehilangan ayah.Masa nak balik tiba2 kak menangis,Dr dan Nurse Ida memujuk ..dan Dr Fairuz memberi rehat selamat 5 hari untuk rehat sepenuhnya.Next appoitment kak pilih 1 July 2016.Total kos checkup dan ambil darah - RM500++



15.6.2016- Klinik Kesihatan Salak Tinggi (KKST) - 13 minggu 1 hari
Rutin seterusnya mendaftar di KKST, Macam biasa kena ambil ujian darah  dan air kencing.Nurse Kak Salwah memberi penerangan yang details tugas ibu mengandung dan perhatian perlu di berikan pada baby.Dia jua membuat pemeriksaan brest dan memberi penerangan dengan details dan kak kena membuat kencing manis dengan meminum air gula pada 1 July.Selepas itu kak kena berjumpa Dr untuk memeriksaan kandungan.Semua OK cuma suspect ada fibroid dan kak decide untuk membuat pemeriksaan details di DEMC nanti.Oleh kerana kak cuti agak terhad , kak membuat rayuan untuk membuat ujian air gula sama tarikh dengan next appointment.Dr bersetuju dan ujian air gula dan berjumpa kembali Kak Salmah pada 20 July.Selesai urusan bermula jam 8 pagi tamat dalam pukul 2 tengah hari.

1.7.2016 - DEMC Shah Alam- 15 Minggu
Episod pertama bermula,kak pergi checkup seperti biasa,penuh semangat drive seorang diri dri Salak tinggi ke Shah Alam,Kak bagi semua report dri KKSTkepada Dr Fairuz mengenai fibroid yang di maklum kan oleh Dr di KKST.Dr Fairuz membuat pemeriksaan dan memberi tahu all will be ok,tak serious sangat.Dr bertanya adakah nak tahu baby girl ke boy.Kak  pun cakap ok je.Tapi ketika membuat ukuran saiz baby Dr maklum kan ada masalah lain.Ukuran lehernya sepatutnya 3mm tetapi baby kak 5.2mm.Baby kak disyaki Down Syomdrome.Akak terkedu dan terdiam .Dr cadangkan buat ujian darah dan memberi beberapa penerangan apa plan akan di buat untuk kak.Di sampin gitu Dr cadangkan buat details scan juga.Ketika bersalam dengan Dr kak menangis dan cuba di tenangkan oleh Nurse ( Ida ) dan Dr Fairuz.
Ketika itu tidak rasa akan kenapa kak di pilih ujian yang berat ini,kak redha ujian dari Allah kerana ujian ayah sakit telah  buat kak ready dan rasa amat rapat dengan Allah. tetapi memikirkan siapa akan jaga if kak dah tiada nanti? adakah baby ini akan mempunyai penyakit lain?
Setelah selesai,kak pergi  mengambil ujian darah dan terpaksa call abg kerana rasa tidak mampu untuk drive balik ke Sepang.Abg datang dan perkataan pertama kak bagi tahu,jangan tinggalkan kak walau apa ujian yg menimpa baby ini.Abg kata kak GILA.Dia hanya ckp mungkin dengan gift allah bagi ini kita akan lagi dekat dengan Allah dan juga keluarga kita lagi lebih rapat.Kos ambil darah dan checkup dalam RM400++




1 .7.2016 -Petang Pulang ke Kampung Beraya.
Sepanjang perjalanan,kak menangis dan menangis namun setelah sejam kak kembali berfikir lebih baik kak google dahulu dan bersiap sedia dari menangis..Tumpuan di berikan pada bersiap untuk balik kampung beraya.Sepanjang perjalanan air mata sekali sekala mengalir,Kak maklum kan pada anak2 akan keputusan Dr.Anak2 melihat gambar di Internet dan mereka ada kenal jiran di tingkat 8 bernama maksu yang juga anak istimewa DS.Mereka cool je dan Saffuan memberitahu akan menjaga baby ini bila kak tiada nanti.Banyak juga info dri Mr Google yang kak dapat sepanjang perjalanan pulang dari Sepang ke Kuala Kangsar Lega kak mendengar support dari anak2 dan abg.



---------------

Sepanjang di kampung kak masih diam diri.Adik beradik lain tidak balik lagi so kami sekeluarga melayan mak bersiap sedia sambutan raya.Selepas sehari kerana tidak mampu menampung lagi rasa gundah, kak memberitahu mak kak dan dia hanya memberi feedback ' kita akan jaga sama'.Kak rasa lega dan kami menyambut raya seperti biasa.Kali ini tidak semeriah sebelumnya kerana ayah tiada menenemani kami.

Hati masih berdebar menanti result,Dr cakap dua minggu sahaja.Kak cuba mendapat kekuatan dengan share dengan Kak Tie ,Dilla dan juga Ros.Dilla cakap dia juga ada membuat ujian darah kerana saiz kepala baby dia nampak tidak normal saiznya.Dan keputusannya negatif.Tidak DS.Kak terus berdoa jika itu rezeki kak then kak redha tetapi berharap tiada penyakit lain.
5 July nanti kak ada ujian ITIL...so tambah lagi tertekan.

------------------

5.7.2016
Kak pergi ujian ITIL dengan tenang selama 3 hari di Mid Valley .Syukur kak lulus walau hati jiwa kacau

Bersambung.....








No comments: